Penjenamaan semula teknik, vokasional
Monday, May 30, 2011
Tempoh pengajian juga perlu dikaji semula, iaitu antara dua hingga empat tahun, dengan memperkenalkan satu konsep terbuka bagi kemasukan (pengambilan) dan tamat pengajian (persekolahan). Sistem pentaksiran dan penilaian terhadap kualiti lepasannya perlulah berasaskan artikulasi, persijilan dan piawaian, supaya lepasannya mempunyai kemahiran yang senang dipasarkan dan bernilai dalam pasaran guna tenaga. Selain itu, satu konsep kursus kluster dan customized perlu diperkenalkan bagi menyerlahkan sifat fleksibel dalam pemilihan laluan kerjaya. Konsep penilaian berasaskan sekolah perlu dilaksanakan. Untuk perancangan masa depan, SMT dan SMV perlu menawarkan kursus peringkat sijil yang tidak lagi ditawarkan oleh kolej komuniti atau politeknik. Sebagai nilai tambah, sepasang seragam khas pelajar teknik dan vokasional boleh diperkenalkan untuk mencerminkan identiti, kata Ahmad Tajudin.