Penjenamaan semula teknik, vokasional  

Monday, May 30, 2011

PROGRAM pendidikan teknik dan vokasional perlu penjenamaan semula supaya ia kekal relevan dengan tuntutan semasa guna tenaga dan pendidikan arus perdana. Penjenamaan mencakupi pelbagai aspek - daripada kos sehinggalah kepada pembentukan imej baru. Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Tajudin Jab berkata, isu ketidaksesuaian kursus serta nisbah agihan komponen akademik dan kemahiran perlu disesuaikan semula. Antaranya ialah pecahan komponen akademik berbanding kemahiran perlulah 30:70, akademik berbanding vokasional (40:60) dan akademik berbanding teknik (70:30) - disulam dengan tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran.
Tempoh pengajian juga perlu dikaji semula, iaitu antara dua hingga empat tahun, dengan memperkenalkan satu konsep terbuka bagi kemasukan (pengambilan) dan tamat pengajian (persekolahan). Sistem pentaksiran dan penilaian terhadap kualiti lepasannya perlulah berasaskan artikulasi, persijilan dan piawaian, supaya lepasannya mempunyai kemahiran yang senang dipasarkan dan bernilai dalam pasaran guna tenaga. Selain itu, satu konsep kursus kluster dan customized perlu diperkenalkan bagi menyerlahkan sifat fleksibel dalam pemilihan laluan kerjaya. Konsep penilaian berasaskan sekolah perlu dilaksanakan. Untuk perancangan masa depan, SMT dan SMV perlu menawarkan kursus peringkat sijil yang tidak lagi ditawarkan oleh kolej komuniti atau politeknik. Sebagai nilai tambah, sepasang seragam khas pelajar teknik dan vokasional boleh diperkenalkan untuk mencerminkan identiti, kata Ahmad Tajudin.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Portal Score A Programme yang mesra pengguna  

Wednesday, May 25, 2011


Di atas merupakan muka depan portal Score A Programme. Anda boleh mengakses portal di alamat www.scorea.com.  Terdapat 3 fungsi penggunaan yang utama dalam portal ini iaitu:  
  • Online Demo - Anda boleh mengakses online demo ini dengan memasukkan katalaluan 82828.
  • Student Login - untuk pelajar meenggunakan Score A Program.
  • Parent Login - login untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak mereka dalam Score A Programme.
Apabila pelajar login ke dalam portal Score A Programme, terdapat 2 modul utama yang boleh diakses oleh pelajar iaitu eExamination Hall dan i-Teacher.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


★☆ HIDUP AKU DUNIA AKU ★☆: Tips mudah mengingat ketika belajar (Radhi Rosli )  

Sunday, May 22, 2011

★☆ HIDUP AKU DUNIA AKU ★☆: Tips mudah mengingat ketika belajar (Radhi Rosli )



AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Ciri-ciri unik terbaru dari SCORE A  

Tuesday, May 17, 2011

Silibus
  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
  • Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
    4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
    5. Bahasa Cina
  • Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik (Bahasa Inggeris)
    4. Sains (Bahasa Inggeris)
    5. Bahasa Cina
    6. Sejarah
    7. Geografi
  • Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
Kesusasteraan:
  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Sains
  5. Perdagangan
  6. Prinsip Akaun
  7. Ekonomi Asas
Sains:
  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Fizik
  5. Kimia
  6. Biologi
  • TERBARU: Tingkatan 4 dan 5 – Input Learning Score A i-Teacher
Ciri-Ciri Unik:
  • Animasi
  • Avatar Bijak
  • Penilaian Sendiri
  • On Demand Powerpoint Presentation











AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster