Score A Programme
Wednesday, January 25, 2012
Score A Programme
Selamat datang ke salah satu blog Score A Programme yang saya temui di alam maya. Blog ini akan memberikan sedikit penerangan mengenai Score A Programme produk Kenshido International untuk pemahaman yang lebih mendalam. Sebelum menilai dengan lebih lanjut, sila KLIK tajuk / link di atas untuk penerangan lebih lanjut.
by kbey007 | 0 comments
Email this post5 Tips Belajar Menghafal Dengan Berkesan
Friday, January 20, 2012
5 Tips Belajar Menghafal Dengan Berkesan
Salah satu kaedah belajar adalah dengan menghafal. Contohnya menghafal formula Matematik, menghafal perkataan yang menarik dan menghafal fakta-fakta Sejarah.
Teknik ini adalah salah satu cara paling baik untuk mengingati sesuatu. Namun, kebanyakkannya sekadar menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun.
Apakah tips menghafal dengan berkesan?
Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.
Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut.
Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa.

Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.
Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda
by kbey007 | 0 comments
Email this post35 Petua Pelajar Cemerlang
Tuesday, January 03, 2012
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
(CLICK TITLE FOR CONTINUE READING)…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
by kbey007 | 0 comments
Email this postDOA BELAJAR
Sunday, January 01, 2012
Assalamualaikum Masa sekolah-sekolah dulu bila mula sahaja pembelajaran pelajar-pelajar akan membaca doa belajar dan ia menjadi amalan ... (click title for continue reading)
by kbey007 | 0 comments
Email this postPanduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM
Saturday, December 24, 2011
Berikut ialah sebahagian panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM:
- Calon hendaklah semak kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan buku soalan.
- Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng.Gerak geri calon yang mencurigakan akan diperhatikan.
- Botol air diletak di kaki meja.
- Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah kanan. Jika hilang,jangan panik, dapatkan surat pengesahan daripada Sekolah.
- Pastikan calon mematuhi Peraturan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Peraturan Sekolah dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia . Jika melanggar peraturan , keputusan peperiksaan boleh digantung.
- Nota, kertas,buku , surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih, telefon bimbit , alat komunikasi dilarang bawa masuk.
- Gunakan pensel 2B atau BB untuk Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB/ OMR)
- Sebaiknya gunakan pen hitam untuk Buku Jawapan atau Helaian Tambahan. Ikat Helaian Tambahan dengan benang, mengikut susunan nombor soalan.Jangan malu minta Helaian Tambahan, cuma angkat tangan.
- 30 minit pertama calon dilarang keluar dewan.
- 10 minit terakhir calon juga dilarang keluar dewan.
- Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek . Calon dilarang merokok.
- Calon ke tandas bersama Pengawas Peperiksaan. Calon dilarang berbual, berkomunikasi dan membaca nota di dalam tandas.Semasa ke tandas, calon mungkin mendapatkan bantuan daripada orang luar.
- Calon dibenarkan bawa dan guna sebarang jenis kalkulator termasuk Matematik 2.
- Calon yang keluar awal atau ke tandas mungkin menyeludup soalan. Pemeriksaan spontan dan soal siasat akan dilakukan. Bukti penyelewengan akan disimpan .
Soalan tertutup
- Bahan Kena Musnah (BKM) : Soalan Pendidikan Moral (21 November 2011), Pendidikan Seni Visual - Teori Seni 1 (14 Nov 2011) dan Pengetahuan Sains Sukan 1 (14 Disember 2011) hendaklah dikumpulkan semula. Ramai yang berminat untuk melihat 'sekejap', rakam dengan kamera telefon bimbit atau fotostat soalan tertutup ini.
- Soalan Pendidikan Seni Visual - Seni Halus 2 akan diedarkan pada 24 November 2011(Khamis)
Calon Berkeperluan Khas (CBK)
- Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecacatan, Spastik/ Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/ Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota dan Kemalangan boleh mendapat Masa Tambahan dari Ketua Pengawas.
- Calon Pekak / Bisu boleh mendapat Masa Tambahan.
- Jika kemalangan atau sakit denggi boleh menjawab di Hospital .Bilik Khas akan disediakan dan Pengawas peperiksaan akan bertugas di sana . Sila maklumkan kepada Guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah. .[1]
by kbey007 | 0 comments
Email this postmyMetro | Keputusan UPSR 2011 pencapaian terbaik dalam masa empat tahun: KP Pelajaran
Sunday, November 20, 2011
by kbey007 | 0 comments
Email this postPenjenamaan semula teknik, vokasional
Monday, May 30, 2011
Tempoh pengajian juga perlu dikaji semula, iaitu antara dua hingga empat tahun, dengan memperkenalkan satu konsep terbuka bagi kemasukan (pengambilan) dan tamat pengajian (persekolahan). Sistem pentaksiran dan penilaian terhadap kualiti lepasannya perlulah berasaskan artikulasi, persijilan dan piawaian, supaya lepasannya mempunyai kemahiran yang senang dipasarkan dan bernilai dalam pasaran guna tenaga. Selain itu, satu konsep kursus kluster dan customized perlu diperkenalkan bagi menyerlahkan sifat fleksibel dalam pemilihan laluan kerjaya. Konsep penilaian berasaskan sekolah perlu dilaksanakan. Untuk perancangan masa depan, SMT dan SMV perlu menawarkan kursus peringkat sijil yang tidak lagi ditawarkan oleh kolej komuniti atau politeknik. Sebagai nilai tambah, sepasang seragam khas pelajar teknik dan vokasional boleh diperkenalkan untuk mencerminkan identiti, kata Ahmad Tajudin.
Posted in akademik, skor a, teknik, vokasional by kbey007 | 0 comments
Email this postPortal Score A Programme yang mesra pengguna
Wednesday, May 25, 2011
- Online Demo - Anda boleh mengakses online demo ini dengan memasukkan katalaluan 82828.
- Student Login - untuk pelajar meenggunakan Score A Program.
- Parent Login - login untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak mereka dalam Score A Programme.
Posted in demo ID for online tuisyen by kbey007 | 0 comments
Email this post★☆ HIDUP AKU DUNIA AKU ★☆: Tips mudah mengingat ketika belajar (Radhi Rosli )
Sunday, May 22, 2011
Posted in tips menjadi pelajar cemerlang by kbey007 | 0 comments
Email this postCiri-ciri unik terbaru dari SCORE A
Tuesday, May 17, 2011
- Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
- Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
- Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
- Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
- Bahasa Cina
- Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik (Bahasa Inggeris)
- Sains (Bahasa Inggeris)
- Bahasa Cina
- Sejarah
- Geografi
- Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Sains
- Perdagangan
- Prinsip Akaun
- Ekonomi Asas
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- TERBARU: Tingkatan 4 dan 5 – Input Learning Score A i-Teacher
- Animasi
- Avatar Bijak
- Penilaian Sendiri
- On Demand Powerpoint Presentation
Posted in online tuisyen, online tuisyen pakej scoreA by kbey007 | 0 comments
Email this postMotivasi: Buat Teman Hadapi Peperiksaan
Saturday, November 20, 2010
PENAT... kita semua penat. Bila penat, sudah pasti tuntutan kerja lebih luas berbanding masa diperuntukkan. Kita berusaha lebih gigih, lebih tekun untuk langsaikan semua tuntutan tadi dengan penuh dedikasi, modus operandi pula ialah ikhlas, lillahi Taala, tidak harapkan balasan, dan buat rasa tanggungjawab. Jauh lebih redha daripada golongan kedua, rajin tapi kurang ikhlas, kerja dibuat bagaikan melepas batuk di tangga, serasa dipaksa, kalau bukan kerana upah, sudah pasti pahat tidak bisa bergerak.
Muthu Ravi, seorang petani di sebuah ladang estate. Beliau telah lama mengusaha ladang getah, dari pokok kecil hinggalah matang, semua itu adalah hasil usaha, jerih perih, dan tekun yang tidak pernah kenal erti malas, jenuh, dan paksa. Peluh yang meleleh keluar dari liang-liang kulit, dirembes penuh teruja, cahaya matahari sentiasa membumbung kepala, menagih kudrat. Sudah lebih 20 tahun beliau menabur keringat di atas pemurnian mulia ini, dia sentiasa yakin rezeki baik itu datang daripada Pemilik Rezeki.
Ahmad juga seorang petani, hidup berjiran dengan Muthu Ravi di perumahan kos rendah khas buat para peladang estate. Ahmad juga melaksanakan kerja seperti jiran baiknya itu, berpagi-pagian lagi ke ladang getah. Selepas tahun, demi tahun minat Ahmad pada pertanian makin pudar, hasil pendapatan tidak begitu baik. Mutu kerjanya makin hari, makin malap, ditambah lagi keperluan di pasaran sudah susut, harga getah jatuh mendadak. Tiada lagi sebunjut ikhlas tergalas di bahu, tinggal lagi rasa satu bebanan.
Maka terputuslah harap si Ahmad pada rahmat Allah.
Saya percaya, ramai juga teman di luar sana, adakala sering diserang perasaan, mehnah seperti ini, tapi tidak tahu apa perlu dibuat, dilakukan tatkala tiada lagi sebuah harapan tersisih, lupa pula kepada Tuhan Pemberi Harapan.
JUJUR, IKHLAS
Dunia adalah tempat berusaha mengenal dan mencari keredhaan-Nya, dan segala Qadha’ dan Qadar telah ditentukan melalui Sunnah-Nya, iaitu cara kerja kita, tadbir kita sebelum datangnya takdir. Akhirat pula adalah tempat kita diberikan ganjaran, keputusan dan balasan, atas segala usaha yang kita lakukan.
Apa, kenapa dan bagaimana, yang akan menjadikan kita mencapai klimak kenikmatan di akhirat nan abadi, bukanlah isu utama yang perlu dibincangkan siapa salah dan siapa benar, kerana Sunnah-Nya, bergantung pada cara kerja kita, kelak akan memungkinkan apa sahaja yang dipinta.
Muthu Ravi seorang manusia biasa, Ahmad juga begitu. Membedakan mereka bukan kerana si Muthu Ravi rajin ke kuil, atau si Ahmad malas ke masjid, tapi ikhlas. Usaha, tekun belum tentu lagi seseorang itu ikhlas. Petanda ikhlas tidak terkesan sama dengan suasana, waima keadaan selalu meleset daripada sebuah pengharapan dipinta, tapi ikhlas mengatasi segala-galanya. Tiada rasa cepat mengeluh, jauh sekali mengalah.
Keperibadian Muthu Ravi, dan sifat ikhlas bagaikan sudah mendarah-daging. Ibarat dua insan sedang bercinta, kelautan api diredah bersama, iaitu membawa makna luaran tidak penting apa yang mereka berdua lakukan, yang penting nikmat bersama. Seorang muslim perlu berbangga, kerana dia mempunyai satu Tuhan untuk disembah, tiada dua, mahupun tiga. Kebergantungan kepada Allah Taala itu selepas usaha, tekun adalah tanda ikhlas kita. Paling penting ialah kebersamaan kita dengan Pencipta, sebagaimana ibarat dua insan bercinta tadi, dan perlu diingat tiada kenikmatan di dunia setanding yang di SANA.
Benar, ikhlas...
Akhirat itu dimensinya sangat berbeza dengan kehidupan di dunia. Seolah-olah di akhirat nanti kita membawa keinginan, pemikiran, kemahuan dan nafsu yang sama. Justeru apa yang menimbulkan perbalahan di dunia, mahu diheret juga ke akhirat. Kita lupa pula bahawa Allah itu Tuhan dan kita adalah hamba.
Hamba yang banyak karenah dan sangat berkira.
Sebab itu asas agama ialah mengajak manusia menjadi hamba. Bukan hamba pada sifat luaran, material tapi hamba kepada Allah, hamba Tuhan.
BERSANGKA BAIK
Manusia matang bukan kerana berubah pada aspek luaran, berubah itu hanya sebagai petanda kita sudah tidak lagi budak, tidak lagi kecil, namun kita harus ingat gelaran ‘budak hingusan’ tetap sahaja sebati andai kita tidak pernah matang akal, matang tindakan. Ujian pula adalah satu cara mematangkan cara kita bertindak, mahupun berfikir.
Ramai manusia, lebih-lebih lagi di kalangan orang muslim selalu bersangka buruk dengan takdir tertimpa ke atas dirinya, keluarga. Ujian sebenarnya adalah habuan kalian bila berhadapan pelbagai karenah dunia, ibarat cermin sisi melihat jauh ke belakang tapi matlamat kita memancu laju ke hadapan. Ujian itu adalah medan kita melihat, menilai.
Manusia alpa di persinggahan sementara ini, mereka akan terus hanyut dibawa arus membadai. Ibarat juga, seorang pemandu di kenderaan off-road yang tidak dapat melihat sekeliling, apabila tanah penuh menyeliputi cermin, dia seronok memandu ke sini sana. Melainkan dia mempunyai wiper yang berkesan membersihkan cermin bagi melihat arah pancuannya. Malangnya pembersih roh tidak semudah analogi membersih cermin kereta tadi.
Kalau kita jadi seperti Muthu Ravi, serasa memang ada kesulitan, sukar untuk diungkapkan dan dibicarakan kepada mereka yang tidak merasa. tapi atas hikmah tarbiyah yang dilalui, atas kekebalan hati untuk terima kehendak-Nya dengan redha merupakan satu mujahadah yang menghasilkan pahala, maka hati kita tetap terpujuk, dan tidak akan terpukul sama.
Wahai teman...
Sejauh mana hati kita lunak dengan pujian manusia, atau asyik dengan ujian ketabahan dan kekebalan hati yang Allah Taala beri, kita yakin ada lagi perkara lebih besar yang bakal berlaku dalam hidup ini. Jadi apa sahaja perkara ‘kecil’ yang berlaku, tidak akan memberi kesan yang serius dalam hidup kita, kerana matlamat kita adalah akhirat.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Oleh itu (tetapkanlah akan kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertakan kemudahan” ash-Sharh (94:5-6)
Jadilah hamba kepada satu Tuhan untuk dipersembahkan keikhlasan beribadat, melakukan kebajikan, bukan kerana untuk membahagiakan ‘tuhan-tuhan’ kecil semata-mata kerana habuan dunia.
Kita akan tewas selama-lamanya sebelum sempat berjuang.
Posted in e learning, examination, how to past upsr, motivasi, online tuisyen, online tuisyen pakej scoreA, online tuition comment, our kids future by kbey007 | 0 comments
Email this postPanduan Berjaya Dalam Peperiksaan
Saturday, September 18, 2010
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10 % apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b). menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c). mengingat kembali (recall)
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
d). untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). memberikan tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji:
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat/lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan
f). jangan melihat buih
g). jangan membaca nama pada batu nisan
h). banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j). banyakkan makan kekacang
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang
m). jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
a). mempunyai jadual belajar
b). patuh kepada jadual
c). buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a). taat kepada Allah
b). mendirikan sembahyang
c). menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
d). hormati & sayangi guru
e). bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
f). suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
g). membantu rakan yang memerlukan
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah
i). sentiasa bertawakal
j). mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Disediakan oleh;
Biro Akademik dan Kebajikan
Jabatan Pembangunan Remaja
Negeri Terengganu
Posted in panduan jadi murid berjaya, tips menjadi pelajar cemerlang by kbey007 | 0 comments
Email this postPromotion Top UP Card Score A 2010
Sunday, January 17, 2010
Any top-up 3 months/6 months done now till 31 March 2010 will receive
3 MONTHS/6 MONTHS TOP-UP Absolutely FREE!!!
So GET your kids activated TODAY!
Contact/email/SMS me for details.
Posted in online tuisyen pakej scoreA by kbey007 | 2 comments
Email this postScore A Kenshido Bakal Berkembang Ke Pasaran Asia
Friday, October 30, 2009
Oleh Santhia Panjanadan
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kenshido International Sdn Bhd, syarikat tempatan pertama meneroka ke dalam pendidikan dalam talian (pendidikan web) pada 1999, bercadang melebarkan sayapnya ke tujuh negara Asia pada suku pertama 2010.
Syarikat itu optimistik usahanya ke pasaran antarabangsa akan berjaya memandangkan ia akan memperkenalkan produk bahasa Inggeris dalam talian sebagai bahasa kedua (E-esl) awal tahun depan. "E-esl akan disediakan mengikut sukatan pelajaran negara yang akan kami tembusi. Kami mahu menumpukan ke pasaran Asia sebelum berkembang ke rantau lain. "Kami kini di peringkat awal perbincangan dengan Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam dan Hong Kong. "Tiada masalah bagi kami untuk meneroka ke negara berkenaan," kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Kenshido, Jason Kok Min Chong dalam temu bual eksklusif dengan Bernama. Beliau berkata Kenshido juga meninjau pasaran Timur Tengah bagi produk E-esl dan telah berunding dengan beberapa pihak. Selain memasuki pasaran antarabangsa, Jason berkata Kenshido akan mempromosikan produk itu secara agresif di Malaysia memandangkan terdapat permintaan yang besar bagi produk bahasa.
Syarikat pendidikan berkenaan menjual produk e-pembelajarannya, Score A, untuk murid tahun satu hingga pelajar tingkatan lima melalui sistem pemasaran secara langsung (MLM) dan mempunyai lebih 40,000 pengedar aktif di seluruh negara. Program e-pembelajaran Kenshido membolehkan pelajar bersedia untuk peperiksaan dan sejak 10 tahun lepas berjaya menghasilkan ribuan pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Portal program Score A diterima oleh Kementerian Pelajaran dan berharga RM596 setiap satu, untuk langganan enam bulan. Semasa mengulas lanjut, Jason berkata Kenshido akan melabur RM20 juta untuk mendirikan pejabat di bawah fasa pertama pelan pengembangan antarabangsanya. "Kami yakin dapat menjana perolehan RM30 juta sebulan daripada negara-negara ini dalam masa dua tahun," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Jason berkata baru-baru ini Kenshido membeli bangunan tiga tingkat, Wisma Kenshido 2, pada RM6.5 juta untuk digunakan sebagai tempat latihan dan seminar. Ia telah memiliki bangunan tiga tingkat bernilai RM4.3 juta, Wisma Kenshido 1, yang dijadikan ibu pejabat. Kedua-dua bangunan berkenaan terletak di Kota Damansara. Jason berkata syarikat juga akan menggandakan pusat sokongan di seluruh negara kepada 30 menjelang pertengahan 2010. "Kami merancang untuk melabur RM100,000 bagi setiap pusat. Sehingga kini kami mempunyai 30 pusat sokongan di seluruh negara," katanya.
Jason berkata pembukaan pusat sokongan perlu memandangkan perniagaan berkembang pantas dan penting bagi Kenshido menyediakan kemudahan sokongan kepada lebih 40,000 pengedarnya bagi meluaskan perniagaan.
-- BERNAMA
Posted in e learning, online tuisyen, online tuisyen pakej scoreA, our kids future, program score A by kbey007 | 0 comments
Email this postSistem kini tiada pecahan gred bg SPM 2009: Alimuddin
Tuesday, October 13, 2009
PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet, bulan lalu, lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.
Beliau berkata, penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. "Walaupun dilaksanakan tahun ini, ia tidak membabitkan (perubahan) dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. "Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo Sukan Institusi Pendidikan Malaysia 2009 (SIPMA III) di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SIPMA III, Datuk Misrah Ibrahim.
Alimuddin berkata, sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak mene-rima pembiayaan pengajian. Beliau berkata, penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Katanya, perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Alimuddin berkata, bagi memastikan perubahan berjalan lancar, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
"Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Baru-baru ini, Najib mengumumkan satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
Posted in belajar tuisyen, home tutor in malaysia and singapore, online tuisyen pakej scoreA, program score A, scoreA benefits, scoring SPM bahasa Malaysia kertas 2 by kbey007 | 0 comments
Email this postBerita Gembira Utk Pelajar Ting. 4 & 5
Posted in bahasa malaysia tips spm, belajar tuisyen, online tuisyen pakej scoreA, program score A, scoreA benefits by kbey007 | 0 comments
Email this postContoh Kad Top Up
Saturday, April 18, 2009

Pembelian kad top up ini akan digunakan untuk mengakses portal score A. Login ID and password adalah sulit dan boleh digunakan oleh ibubapa dan anak2 mereka serentak.
Posted in top up card by kbey007 | 0 comments
Email this postTestimonial Pengguna Score A program
Saturday, January 17, 2009















Gambar-gambar di atas beberapa testimonial pengguna program Score A. Hasil keputusan UPSR mereka amat membanggakan hasil daripada latihan tubi menggunakan Score A. Click 'pic' untuk melihat dengan lebih jelas dan anda boleh membaca sendiri komen2 yang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Posted in testimonial score a by kbey007 | 0 comments
Email this postBerita Keputusan PMR 2008
Thursday, January 08, 2009
KEJAYAAN ... Seramai 130 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) gembira dengan keputusan 8A mereka dalam PMR mereka di Kedah baru-baru ini. - foto BERNAMA
Berbanding tahun lalu, pencapaian calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini sangat membanggakan apabila 26,378 atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran diambil.
Pada tahun ini, calon yang mendapat 9A ialah seramai 3,396 (11.54 peratus), 8A 17,969 (5.11 peratus) dan 7A 5,013 (8.11 peratus).
Mankala pada tahun lalu, pelajar yang meraih semua A adalah seramai 24,744 (5.65 peratus); 20,213 (2006) dan 20,101 pada 2005.
Peratusan murid yang menguasai kemahiran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.
Bagi mata pelajaran Sains, daripada 456,795 calon, sejumlah 235,510 (51.2 peratus) orang menjawab dalam bahasa Inggeris, 141,658 (30.8 peratus) dalam bahasa Melayu manakala 82,627 (18.0 peratus) menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.
Sementara bagi Matematik, daripada 462,051 calon, seramai 124,209 (26.9 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris, 91,955 (19.9 peratus) bahasa Melayu dan 245,887 (53,2 peratus) menjawab dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Secara keseluruhannya, pada tahun ini seramai 472,060 calon mendaftar menduduki PMR dan daripada jumlah itu, sebanyak 442,791 adalah pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan.
Calon PMR 2008 ini merupakan kohort keempat yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari tingkatan satu hingga tiga.
Pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 peratus berbanding 63.53 peratus tahun lalu manakala E ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 orang (0.13 peratus) pada 2007.
Dalam pada itu, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Secara keseluruhannya, pencapaian murid di luar bandar menunjukkan peningkatan bagi pencapaian cemerlang dan melepasi tahap penguasaan minimum berbanding murid di bandar dalam semua mata pelajaran.
Posted in keputusan PMR 2008 by kbey007 | 0 comments
Email this post















