Bank Soalan Latih Tubi 2005 - 2011  

Tuesday, July 10, 2012

BANK SOALAN LATIH TUBI SOALAN PEPERIKSAAN

Bank soalan untuk mata pelajaran peperiksaan UPSR dan PMR dari tahun 2005 hingga 2011yang dihasilkan oleh Warga PKG seluruh Pulau Pinang telah siap dimuatnaik ke server BTPNPP. Sila kilk sini untuk membuat latih tubi menghadapi peperiksaan. Selamat mencuba.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


SALAH SATU KAEDAH PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF  

Monday, July 02, 2012

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
  1. Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
  2. Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  3. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
  6. Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
  7. Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
    • Mengandungi semua maklumat penting
    • Bersih dan mudah dibaca
    • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
    • Ringkas dan padat
Kesungguhan Belajar
  1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
  • Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
  • Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
  • Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
  • Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
  • Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
  • Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
  • Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
  • Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Teknik Belajar Yang Berkesan  

Wednesday, June 20, 2012


TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV

  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Teknik Belajar PV3R

  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak

  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


'SCORE A' eLEARNING - TUISYEN BERINTERNET: BERITA 'SCORE A' DI ARKIB UTUSAN MALAYSIA UNTUK DIKONGSI  

Monday, June 18, 2012

'SCORE A' eLEARNING - TUISYEN BERINTERNET: BERITA 'SCORE A' DI ARKIB UTUSAN MALAYSIA UNTUK DIKONGSI

TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan. Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak. 

sila KLIK tajuk / link di atas untuk baca lebih lanjut 

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN.  

Thursday, March 22, 2012

SK Jaya Setia: STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN.:

Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak terbatas.  Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan.  Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik.  Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.

sila KLIK tajuk / link di atas untuk baca lebih lanjut

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Tips Menghadapi Exam UPSR, PMR, SPM  

Tuesday, March 20, 2012

Ami Amran's Blog!: Tips Menghadapi Exam:

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

sila KLIK tajuk / link di atas untuk baca lebih lanjut

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


KHASIAT DAN KEBAIKAN KISMIS UTK MENINGKATKAN DAYA INGATAN  

Monday, March 12, 2012

Mehr Dates 2012: KHASIAT DAN KEBAIKAN KISMIS@RAISINS - JUAL KISMIS ...:

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Perlu di fahami HPA menyediakan terbaik kismis hitam yang tidak campur sulfur (belerang) semasa proses pengeringan asli di bawah matahari untuk lebih vit.E ..Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :

sila KLIK tajuk / link di atas untuk baca lebih lanjut

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Kenali Asasi Pintar UKM  

Friday, March 02, 2012

Selamat Datang Ke Chubby Itu Menarik:


Assalamualaikum...

Yehaaa.. Malam2 hari ini ingat nak kongsi sesuatu untuk budakbudak lepasan SPM 2011. Well, bertuahlah korang yag dapat masuk Asasi Pintar UKM ni. Aku baca pun jeles kot. Haha. Abaikan. Meh kita baca dulu yang kat bawah nih.


Apa itu asasi Pintar?
Pihak UKM telah memintaPusat PERMATA pintar negara untuk mengendalikan program asasi Pintar yang telah dimulakan pada 20 Jun 2010 dengan pelajar permulaan seramai 250 orang tajaan JPA.


sila KLIK tajuk / link di atas untuk penerangan lebih lanjut

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Cara Membuat Otak Anak Berpikir Lebih Cepat (Cerda...  

Thursday, February 23, 2012

Fathur-Net: Cara Membuat Otak Anak Berpikir Lebih Cepat (Cerda...: Cara Membuat Otak Anak Cerdas Berpikir Lebih Cepat. Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologis. Ia membutuhkan makanan, oks...

sila KLIK tajuk / link di atas untuk penerangan lebih lanjut

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Selepas SPM,Mana Hala Tuju Anda?  

Monday, February 06, 2012

Selepas SPM,Mana Hala Tuju Anda?

Debaran mendapat result spm sudah terlepas. Saya juga pernah merasai debaran pada ketika ingin mengambil keputusan spm di sekolah. Begitu mendebarkan sekali. Dan akhirnya,debaran itu hilang begitu sahaja setelah result yang dihulurkan mencapai target yang ditetapkan. Saya rasa anda juga pernah merasai perasaan yang sama.Cuma perasaan selepas mengetahui result kita sahaja yang berbeza.


sila KLIK tajuk / link di atas untuk penerangan lebih lanjut.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Program Score A Update Terkini  

Sunday, January 29, 2012






AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Score A Programme  

Wednesday, January 25, 2012

Score A Programme

Selamat datang ke salah satu blog Score A Programme yang saya temui di alam maya. Blog ini akan memberikan sedikit penerangan mengenai Score A Programme produk Kenshido International untuk pemahaman yang lebih mendalam. Sebelum menilai dengan lebih lanjut, sila KLIK tajuk / link di atas untuk penerangan lebih lanjut.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


5 Tips Belajar Menghafal Dengan Berkesan  

Friday, January 20, 2012

5 Tips Belajar Menghafal Dengan Berkesan

Salah satu kaedah belajar adalah dengan menghafal. Contohnya menghafal formula Matematik, menghafal perkataan yang menarik dan menghafal fakta-fakta Sejarah.

Teknik ini adalah salah satu cara paling baik untuk mengingati sesuatu. Namun, kebanyakkannya sekadar menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun.

Apakah tips menghafal dengan berkesan?

Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut.

Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa.

Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.

Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


35 Petua Pelajar Cemerlang  

Tuesday, January 03, 2012

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • kita ingat 10 % apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya…. 

      (CLICK TITLE FOR CONTINUE READING)

    AddThis Social Bookmark Button
    Email this post


    DOA BELAJAR  

    Sunday, January 01, 2012

    Assalamualaikum Masa sekolah-sekolah dulu bila mula sahaja pembelajaran pelajar-pelajar akan membaca doa belajar dan ia menjadi amalan ... (click title for continue reading)

    AddThis Social Bookmark Button
    Email this post


    Design by Amanda @ Blogger Buster