Showing posts with label scoreA benefits. Show all posts
Sistem kini tiada pecahan gred bg SPM 2009: Alimuddin
Tuesday, October 13, 2009
PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet, bulan lalu, lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.
Beliau berkata, penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. "Walaupun dilaksanakan tahun ini, ia tidak membabitkan (perubahan) dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. "Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo Sukan Institusi Pendidikan Malaysia 2009 (SIPMA III) di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SIPMA III, Datuk Misrah Ibrahim.
Alimuddin berkata, sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak mene-rima pembiayaan pengajian. Beliau berkata, penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Katanya, perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Alimuddin berkata, bagi memastikan perubahan berjalan lancar, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
"Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Baru-baru ini, Najib mengumumkan satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
Petikan di atas merupakan berita di surat khabar Berita Harian. Memang tak dapat dinafikan ramai pelajar zaman sekarang makin bijak. Tapi kalau setakat bijak dari segi keputusan akademik semata-mata tak guna jugak. Kalau hanya sekadar teori semata-mata tanpa mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian memang tak menjadi. Tengok je la sebahagian pelajar SMKA sekarang. Sepatutnya dengan ilmu tambahan yang diorang ada macam subjek PSI dan PQS, mereka patut mampu bawa diri mereka ke mana-mana saja. Ini tidak. Keluar rumah pun pakai pakaian yang lebih-lebih dari orang lain. Sampaikan orang lain tak percaya yang diorang tu sekolah agama. Walau apa pun, ni dah diputuskan oleh pihak kementerian tentang sistem gred yang baru. Nak tak nak kena la terima jugak kan. Tetapi tidak elok komen pelajar SMKA sahaja, pelajar di sekolah berasama penuh, sekolah harian atau sekolah pondok pun kena tempias jugak..Lu pikir la sendiri spt nabil cakap...sorry kalu kasar bahasa
Posted in belajar tuisyen, home tutor in malaysia and singapore, online tuisyen pakej scoreA, program score A, scoreA benefits, scoring SPM bahasa Malaysia kertas 2 by kbey007 | 0 comments
Email this postBerita Gembira Utk Pelajar Ting. 4 & 5
Subjek Yang Boleh Didapati Secara Online:
1) English
2) Matematik
3) Sejarah
4) Sains
5) Prinsip Akaun
6) Ekonomi Asas
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi
-- Click Picture For Enlarge --
Posted in bahasa malaysia tips spm, belajar tuisyen, online tuisyen pakej scoreA, program score A, scoreA benefits by kbey007 | 0 comments
Email this postApa itu program Score A: Online Tuisyen
Sunday, June 01, 2008
Apa itu Program Score A: Online Tuisyen?
1. ScoreA ialah program pembelajaran output (latih tubi menjawab soalan melalui komputer / internet) secara online.
2. Disekolah dan pusat tuisyen, anak-anak belajar melalui program input (membaca, mendengar & menghafal)
3. Latih tubi Score A mengikut 100% sukatan pelajaran terkini Malaysia.
Apakah StarterPack Kad (Fast Start) Score A Program: Online Tuisyen?
1. Setiap kad mempunyai dua code: Activation code dan Top-up code.
2. Satu activation code boleh digunakan untuk seorang anak / pelajar.
3.Satu top-up code boleh digunakan selama 3 bulan untuk semua subjek secara online.
4. Satu kad ini boleh digunakan untuk 2 orang anak / pelajar selama 3 bulan dan boleh ditingkatkan sehingga 5 orang anak / pelajar dengan pembelian Activation Code tambahan yang bernilai RM50 setiap satu. Setiap top-up code boleh didapati dengan harga RM168 (ahli)/ RM 198 (bukan ahli) dan tidak perlu di"top-up" secara berterusan.
Kenapa online tuisyen @ latih tubi itu penting?1. Latih tubi adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Tentu anda mahukan kecemerlangan untuk anak-anak anda.
2. Latih tubi melalui online sangat berkesan, lebih interaktif malah lebih menyeronokkan kerana murid2 dan ibu bapa dapat menyemak markah (latihan) mereka serta merta melalui internet atau melalui SMS.
3. Lebih 100,000 bank soalan untuk murid membuat latihan secara online.
Masalah Umum Ibu Bapa
1. Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak
2. Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah rumah
3. Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak
4. Anak kita cuma membawa balik kad laporan 2 kali setahun
5. Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak kita
6. Anak menghadapi tekanan/ takut peperiksaan
7. Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan
8. Kekurangan interaksi anatara kita dan anak
Kelebihan Online Tuisyen Score A:-
1. Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak mereka
2. Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak
3. Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa. Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta, jika perlu
Posted in program score A, scoreA benefits by kbey007 | 1 comments
Email this postCiri2 program ScoreA: Online tuisyen
Sunday, May 18, 2008
e-Notes : merupakan nota-nota ringkas dan padat yang merangkumi setiap topik dan sub-topik mengikuti sukatan matapelajaran di sekolah.
e-Topic : Latihan mengikut topik-topik berdasarkan 100% sukatan pelajaran terkini.
Ciri-ciri :
- Terdiri dari 3 set soalan yg mengandungi 15 soalan setiap set.
- Instant marking setiap jawapan akan ditanda betul atau salah serta-merta
- Terdiri dari 3 set soalan yg mengandungi 15 soalan set 1, 20 soalan set 2 dan
30 soalan set 3, 80% lulus adalah tahap layak untuk ke set seterusnya.
- Soalan berlainan untuk setiap set sekiranya gagal melepasi 80%.
- Tiada instant marking.
- Set 3 akan di rekod di dalam Top 100 seluruh Malaysia
e-TrialExam :Terdiri dari 7 Set Soalan peperiksaan percubaan yang dikemaskini dari penggubal soalan peperiksaan/guru-guru pakar dari Sekolah Bestari.Setiap set mengandungi 40 soalan yg mesti dijawab dalam masa 1 jam(ditentukan oleh timer)
- Soalan berlainan untuk setiap set sekiranya gagal melepasi 80%.
- Tiada instant marking.
- Set 3 akan di rekod di dalam Top 100 seluruh Malaysia
e-TrialExam :Terdiri dari 7 Set Soalan peperiksaan percubaan yang dikemaskini dari penggubal soalan peperiksaan/guru-guru pakar dari Sekolah Bestari.Setiap set mengandungi 40 soalan yg mesti dijawab dalam masa 1 jam(ditentukan oleh timer)
e-PastyearExam : Soalan tahun-tahun lepas (1999-2007)Posted in scoreA benefits by kbey007 | 0 comments
Email this post
Subscribe to:
Posts (Atom)



