Panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM  

Saturday, December 24, 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah sebahagian panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM:
  1. Calon hendaklah semak kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan buku soalan.
  2. Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng.Gerak geri calon yang mencurigakan akan diperhatikan.
  3. Botol air diletak di kaki meja.
  4. Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah kanan. Jika hilang,jangan panik, dapatkan surat pengesahan daripada Sekolah.
  5. Pastikan calon mematuhi Peraturan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Peraturan Sekolah dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia . Jika melanggar peraturan , keputusan peperiksaan boleh digantung.
  6. Nota, kertas,buku , surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih, telefon bimbit , alat komunikasi dilarang bawa masuk.
  7. Gunakan pensel 2B atau BB untuk Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB/ OMR)
  8. Sebaiknya gunakan pen hitam untuk Buku Jawapan atau Helaian Tambahan. Ikat Helaian Tambahan dengan benang, mengikut susunan nombor soalan.Jangan malu minta Helaian Tambahan, cuma angkat tangan.
  9. 30 minit pertama calon dilarang keluar dewan.
  10. 10 minit terakhir calon juga dilarang keluar dewan.
  11. Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek . Calon dilarang merokok.
  12. Calon ke tandas bersama Pengawas Peperiksaan. Calon dilarang berbual, berkomunikasi dan membaca nota di dalam tandas.Semasa ke tandas, calon mungkin mendapatkan bantuan daripada orang luar.
  13. Calon dibenarkan bawa dan guna sebarang jenis kalkulator termasuk Matematik 2.
  14. Calon yang keluar awal atau ke tandas mungkin menyeludup soalan. Pemeriksaan spontan dan soal siasat akan dilakukan. Bukti penyelewengan akan disimpan .

Soalan tertutup

  1. Bahan Kena Musnah (BKM) : Soalan Pendidikan Moral (21 November 2011), Pendidikan Seni Visual - Teori Seni 1 (14 Nov 2011) dan Pengetahuan Sains Sukan 1 (14 Disember 2011) hendaklah dikumpulkan semula. Ramai yang berminat untuk melihat 'sekejap', rakam dengan kamera telefon bimbit atau fotostat soalan tertutup ini.
  2. Soalan Pendidikan Seni Visual - Seni Halus 2 akan diedarkan pada 24 November 2011(Khamis)

Calon Berkeperluan Khas (CBK)

  1. Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecacatan, Spastik/ Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/ Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota dan Kemalangan boleh mendapat Masa Tambahan dari Ketua Pengawas.
  2. Calon Pekak / Bisu boleh mendapat Masa Tambahan.
  3. Jika kemalangan atau sakit denggi boleh menjawab di Hospital .Bilik Khas akan disediakan dan Pengawas peperiksaan akan bertugas di sana . Sila maklumkan kepada Guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah. .[1]

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster