Score A Kenshido Bakal Berkembang Ke Pasaran Asia  

Friday, October 30, 2009

Oleh Santhia Panjanadan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kenshido International Sdn Bhd, syarikat tempatan pertama meneroka ke dalam pendidikan dalam talian (pendidikan web) pada 1999, bercadang melebarkan sayapnya ke tujuh negara Asia pada suku pertama 2010.

Syarikat itu optimistik usahanya ke pasaran antarabangsa akan berjaya memandangkan ia akan memperkenalkan produk bahasa Inggeris dalam talian sebagai bahasa kedua (E-esl) awal tahun depan. "E-esl akan disediakan mengikut sukatan pelajaran negara yang akan kami tembusi. Kami mahu menumpukan ke pasaran Asia sebelum berkembang ke rantau lain. "Kami kini di peringkat awal perbincangan dengan Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam dan Hong Kong. "Tiada masalah bagi kami untuk meneroka ke negara berkenaan," kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Kenshido, Jason Kok Min Chong dalam temu bual eksklusif dengan Bernama. Beliau berkata Kenshido juga meninjau pasaran Timur Tengah bagi produk E-esl dan telah berunding dengan beberapa pihak. Selain memasuki pasaran antarabangsa, Jason berkata Kenshido akan mempromosikan produk itu secara agresif di Malaysia memandangkan terdapat permintaan yang besar bagi produk bahasa.

Syarikat pendidikan berkenaan menjual produk e-pembelajarannya, Score A, untuk murid tahun satu hingga pelajar tingkatan lima melalui sistem pemasaran secara langsung (MLM) dan mempunyai lebih 40,000 pengedar aktif di seluruh negara. Program e-pembelajaran Kenshido membolehkan pelajar bersedia untuk peperiksaan dan sejak 10 tahun lepas berjaya menghasilkan ribuan pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Portal program Score A diterima oleh Kementerian Pelajaran dan berharga RM596 setiap satu, untuk langganan enam bulan. Semasa mengulas lanjut, Jason berkata Kenshido akan melabur RM20 juta untuk mendirikan pejabat di bawah fasa pertama pelan pengembangan antarabangsanya. "Kami yakin dapat menjana perolehan RM30 juta sebulan daripada negara-negara ini dalam masa dua tahun," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Jason berkata baru-baru ini Kenshido membeli bangunan tiga tingkat, Wisma Kenshido 2, pada RM6.5 juta untuk digunakan sebagai tempat latihan dan seminar. Ia telah memiliki bangunan tiga tingkat bernilai RM4.3 juta, Wisma Kenshido 1, yang dijadikan ibu pejabat. Kedua-dua bangunan berkenaan terletak di Kota Damansara. Jason berkata syarikat juga akan menggandakan pusat sokongan di seluruh negara kepada 30 menjelang pertengahan 2010. "Kami merancang untuk melabur RM100,000 bagi setiap pusat. Sehingga kini kami mempunyai 30 pusat sokongan di seluruh negara," katanya.

Jason berkata pembukaan pusat sokongan perlu memandangkan perniagaan berkembang pantas dan penting bagi Kenshido menyediakan kemudahan sokongan kepada lebih 40,000 pengedarnya bagi meluaskan perniagaan.

-- BERNAMA

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Sistem kini tiada pecahan gred bg SPM 2009: Alimuddin  

Tuesday, October 13, 2009

PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan Kabinet, bulan lalu, lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.

Beliau berkata, penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. "Walaupun dilaksanakan tahun ini, ia tidak membabitkan (perubahan) dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. "Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo Sukan Institusi Pendidikan Malaysia 2009 (SIPMA III) di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SIPMA III, Datuk Misrah Ibrahim.

Alimuddin berkata, sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak mene-rima pembiayaan pengajian. Beliau berkata, penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Katanya, perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara. Alimuddin berkata, bagi memastikan perubahan berjalan lancar, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.

"Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Baru-baru ini, Najib mengumumkan satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.


Petikan di atas merupakan berita di surat khabar Berita Harian. Memang tak dapat dinafikan ramai pelajar zaman sekarang makin bijak. Tapi kalau setakat bijak dari segi keputusan akademik semata-mata tak guna jugak. Kalau hanya sekadar teori semata-mata tanpa mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian memang tak menjadi. Tengok je la sebahagian pelajar SMKA sekarang. Sepatutnya dengan ilmu tambahan yang diorang ada macam subjek PSI dan PQS, mereka patut mampu bawa diri mereka ke mana-mana saja. Ini tidak. Keluar rumah pun pakai pakaian yang lebih-lebih dari orang lain. Sampaikan orang lain tak percaya yang diorang tu sekolah agama. Walau apa pun, ni dah diputuskan oleh pihak kementerian tentang sistem gred yang baru. Nak tak nak kena la terima jugak kan. Tetapi tidak elok komen pelajar SMKA sahaja, pelajar di sekolah berasama penuh, sekolah harian atau sekolah pondok pun kena tempias jugak..Lu pikir la sendiri spt nabil cakap...sorry kalu kasar bahasa

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Berita Gembira Utk Pelajar Ting. 4 & 5  




Subjek Yang Boleh Didapati Secara Online:
1) English
2) Matematik
3) Sejarah
4) Sains
5) Prinsip Akaun
6) Ekonomi Asas
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi

-- Click Picture For Enlarge --

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Contoh Kad Top Up  

Saturday, April 18, 2009


Pembelian kad top up ini akan digunakan untuk mengakses portal score A. Login ID and password adalah sulit dan boleh digunakan oleh ibubapa dan anak2 mereka serentak.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Testimonial Pengguna Score A program  

Saturday, January 17, 2009

















Gambar-gambar di atas beberapa testimonial pengguna program Score A. Hasil keputusan UPSR mereka amat membanggakan hasil daripada latihan tubi menggunakan Score A. Click 'pic' untuk melihat dengan lebih jelas dan anda boleh membaca sendiri komen2 yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Berita Keputusan PMR 2008  

Thursday, January 08, 2009


KEJAYAAN ... Seramai 130 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) gembira dengan keputusan 8A mereka dalam PMR mereka di Kedah baru-baru ini. - foto BERNAMA

Berbanding tahun lalu, pencapaian calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini sangat membanggakan apabila 26,378 atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Pada tahun ini, calon yang mendapat 9A ialah seramai 3,396 (11.54 peratus), 8A 17,969 (5.11 peratus) dan 7A 5,013 (8.11 peratus).

Mankala pada tahun lalu, pelajar yang meraih semua A adalah seramai 24,744 (5.65 peratus); 20,213 (2006) dan 20,101 pada 2005.

Peratusan murid yang menguasai kemahiran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

Bagi mata pelajaran Sains, daripada 456,795 calon, sejumlah 235,510 (51.2 peratus) orang menjawab dalam bahasa Inggeris, 141,658 (30.8 peratus) dalam bahasa Melayu manakala 82,627 (18.0 peratus) menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Sementara bagi Matematik, daripada 462,051 calon, seramai 124,209 (26.9 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris, 91,955 (19.9 peratus) bahasa Melayu dan 245,887 (53,2 peratus) menjawab dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Secara keseluruhannya, pada tahun ini seramai 472,060 calon mendaftar menduduki PMR dan daripada jumlah itu, sebanyak 442,791 adalah pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan.

Calon PMR 2008 ini merupakan kohort keempat yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari tingkatan satu hingga tiga.

Pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 peratus berbanding 63.53 peratus tahun lalu manakala E ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 orang (0.13 peratus) pada 2007.

Dalam pada itu, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Secara keseluruhannya, pencapaian murid di luar bandar menunjukkan peningkatan bagi pencapaian cemerlang dan melepasi tahap penguasaan minimum berbanding murid di bandar dalam semua mata pelajaran.



AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster